Panduan Kehadiran Majlis Kecemerlangan Akademia
MAKLUMAT PENDAFTARAN
Pendaftaran Ditutup Tepat pada
8.30 Pagi
Pendaftaran: 7.30 pagi – 8.30 pagi
Sila hadir dalam tempoh yang ditetapkan. Tetamu yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dewan.
Pintu Utama DSI
— VIP dan panel penilaian
Pintu Dataran Agora
— Penerima Anugerah Utama
Pintu Masuk Mengikut Kategori Tetamu
Pintu Utama DSI
Laluan masuk yang ditetapkan untuk tetamu VIP dan panel penilai.
Tetamu VIP
Sila masuk ke dewan melalui Pintu Utama DSI.
Panel Penilai
Gunakan Pintu Utama DSI untuk memasuki dewan.
Pintu Dataran Agora
Laluan masuk yang ditetapkan untuk penerima Anugerah Utama.
Penerima Anugerah Utama
Sila menuju ke Pintu Dataran Agora untuk masuk ke dewan.
Semak Kategori Anda
Pastikan anda memilih pintu masuk yang sepadan dengan kategori jemputan anda.
Ikut Laluan Yang Ditetapkan
Gunakan pintu masuk kategori anda bagi membantu melancarkan pergerakan tetamu.
Rujuk Urus Setia
Jika tidak pasti tentang laluan masuk, dapatkan panduan daripada urus setia di lokasi majlis.
Pendaftaran Masuk ke Dewan
Imbas Kod QR Pendaftaran
Di lokasi majlis, imbas kod QR pendaftaran menggunakan aplikasi UTM Smart sahaja.
Semak Maklumat Tempat Duduk
Pastikan nama anugerah serta nombor kerusi dan meja dipaparkan pada telefon bimbit anda.
Tunjukkan kepada Urus Setia
Tunjukkan paparan maklumat tersebut kepada urus setia sebelum memasuki dewan.
Panggilan Naik ke Pentas
Maklumkan Sebelum Meninggalkan Tempat Duduk
Jika anda perlu meninggalkan tempat duduk, sila maklumkan kepada urus setia terlebih dahulu. Makluman ini membantu mereka mengetahui keberadaan anda apabila nama penerima anugerah diumumkan atau panggilan naik ke pentas dibuat. Sebelum beredar, pastikan urus setia mengetahui nombor kerusi dan meja anda supaya anda tidak terlepas giliran menerima anugerah.
Kod Pakaian Majlis
Sila patuhi kod pakaian yang ditetapkan untuk menghadiri Majlis Kecemerlangan Akademia 2026.
Lelaki Muslim
- Baju melayu
- samping( Berdagang Luar/ Dalam)
- Bersongkok
- Lounge Suit (Bukan Muslim)
- kasut hitam bertutup
Perempuan
- Baju melayu
- kasut bertutup
Tetamu Bukan Muslim
Tetamu lelaki bukan Muslim boleh mengenakan lounge suit bersama kasut hitam bertutup.
