AAAH
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM ini bertujuan memberi pengiktirafan universiti bagi staf akademik yang mempamerkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, keterserlahan, kepimpinan dan libatsama komuniti di peringkat universiti atau kebangsaan atau antarabangsa.
Kaedah Pencalonan
- Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pemilih Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM; atau
- Dicalonkan oleh Sekolah / Fakulti / PTJ; atau
- Pencalonan diri sendiri melalui sokongan Sekolah / Fakulti / PTJ
Syarat Umum
- Permohonan/pencalonan Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM dibuka hanya kepada staf akademik warganegara Malaysia.
- Permohonan bagi kategori ini terbuka kepada staf akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki di UTM sepanjang tahun.
- Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi kategori ini, maka anugerah bagi kategori ini tidak akan diberikan.
Syarat Pencalonan
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon berwibawa yang:
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 31 Disember pada tahun yang dinilai.
- Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif (termasuk sekurang-kurangnya satu (1) tahun di UTM) dalam kerjaya akademik.
- Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
- Mempamerkan wawasan dan kepakaran dalam bidang tujahan yang membawa kepada keterobosan ilmu.
- Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat Universiti atau kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
- Mempamerkan wawasan dan hala tuju kepimpinan kerjaya akademik yang mampan.
RM3,000
Penerima anugerah akan menerima wang tunai , trofi berserta sijil.
TARIKH TUTUP : 14 MEI 2025
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)