03-2615 4740 ccsl@utm.my

Projek ini yang diadakan pada 21 Julai 2017 hingga 23 Julai 2017 berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian  pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dalam program ini aktiviti seperti “Vigil Pengangkap”, Membina Pasukan, Explorace, Ikhtiar Hidup, Puteri Lilin dan Kembara Pemimpin Muda telah dapat dilaksanakan. Program ini telah melibatkan 17 orang pelajar daripada Kursus Kelana Siswa (Seksyen 57, UKQU2412) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan 40 orang peserta daripada Kolej Vokasional Perdagangan  Johor Bharu.