Pada 20 Mei 2017, seramai 18 orang pelajar daripada Kursus Pertahanan Awam (SISPA) (Seksyen 57, UKQU2512) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah melaksanakan projek Skill Explorace Civil Defence 2017 di Kolej Kediaman Siswa Jaya. Projek ini memerlukan pelajar mengenal pasti masalah penting yang dihadapi oleh masyarakat seterusnya merancang penyelesaian. Oleh itu, bagi menangani isu kesedaran pertahanan awam dalam kalangan pelajar kolej projek ini telah dilaksanakan. Melalui program ini, kumpulan sasaran juga telah dapat mempelajari kemahiran pertahanan awam dalam keadaan berbahaya terutamanya kemahiran pertolongan cemas. Sebaliknya, pelajar daripada SISPA pula telah dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, pengurusan masa serta pengurusan organisasi yang baik sepanjang merancang dan melaksanakan program ini.
Recent Comments