03-2615 4740 ccsl@utm.my

Tujuan utama Kem Young Muslim 2017 diadakan adalah untuk memberi informasi mengenai ilmu al-Quran khususnya tajwid kepada para peserta. Selain itu, ia dapat membina hubungan dan jaringan baik antara kakitangan Pusat Islam  dengan kakitangan  jabatan lain di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur serta masyarakat setempat. Program ini juga membuka peluang kepada siswa-siswi untuk menjalankan aktiviti dan melibatkan diri dalam kepimpinan dan pengurusan, sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi para siswa. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos 2017 di mana pada hari pertama, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah sekitar Zon Keramat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibantu oleh tiga orang fasilitator dalam mengikuti Slot Teknik Tajwid, Slot Smart Solat, Slot Fiqh Solat dan Slot Fiqh Ibadat. Manakala pada hari seterusnya, aktiviti ExploraceKami Young Muslim !” diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar Kursus Iqra’ (Seksyen 57, UKQA2102) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) bertempat di Masjid UTM.