Program ini yang merupakan satu perkongsian maklumat dan cara penggunaan aplikasi dalam telefon pintar untuk fotografi berhasrat untuk mengasah daya kreativiti dalam kalangan komuniti melalui medium fotografi. Ia telah berlangsung pada 12 Ogos 2017 di SMK Padang Tembak dan telah melibatkan seramai 14 orang pelajar daripada Kursus Perkhidmatan Fotokreatif (Seksyen 57, UKQA2162). Selain itu, melalui program pemindahan ilmu seperti ini minda yang terbuka terhadap ilmu dapat dibentuk dalam kalangan generasi muda. Pada masa yang sama, program ini telah dapat memperkukuh jalinan silaturahim antara Universiti Teknologi Malaysia dan komuniti SMK Padang Tembak. Selain aktiviti perkongsian maklumat di dalam kelas, pertandingan fotografi turut diadakan bagi membantu peserta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di samping mengasah kreativiti mereka melalui fotografi.
Recent Comments