03-2615 4740 ccsl@utm.my

Program ini yang dilaksanakan pada 29 Julai 2017 di Pusat Jagaan Siti Noraini, Kajang bertujuan untuk menarik minat golongan muda dalam kerja kemasyarakatan seterusnya mendekatkan anak muda dalam komuniti masyarakat. Selain itu, program ini adalah untuk mendekati dan menyelami perasaan yang dialami oleh warga tua. Seramai 27 orang mahasiswa daripada Kursus Budi Penyayang (Seksyen 57, UKQR2022) serta 10 orang mahasiswa kursus lain melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL)  Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) menjadi sukarelawan untuk menjayakan program ini. Mahasiswa yang menyertai program Sentuhan Kasih Syawal ini dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk pembahagian tugas iaitu Kumpulan Gotong Royong, Kumpulan Ramah Mesra dan Kumpulan Memasak. Antara tugas kesukarelawanan yang dilakukan adalah aktiviti bergotong – royong membersihkan kawasan Pusat Jagaan Siti Noraini, memasak  hidangan makan tengah hari pada hari tersebut serta aktiviti beramah mesra dengan warga tua di sana.