Program ini telah diadakan untuk mendedahkan warga komuniti iaitu para pelajar daripada SMK Lepar Hilir supaya lebih berdikari dan menepati masa serta dapat meningkatkan nilai disiplin di sekolah. Siswa-siswi pula akan dapat mengasah kemahiran insaniah serta meningkatkan harga diri masing-masing dengan memberi nilai positif kepada komuniti. Melalui program ini, bukan hanya slot motivasi yang telah dilaksanakan malah aktiviti LDK, sukaneka, senamrobik dan malam kebudayaan turut diselitkan agar pelbagai potensi dan bakat para peserta dan siwa-siswi dapat ditonjolkan. Di samping itu, para peserta ini akan dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain serta membantu para guru dalam menjaga disiplin dan meningkatkan kepimpinan diri. Program ini telah dianjurkan oleh siswa-siswi daripada Kursus Kepimpinan dan Komuniti ( Seksyen 57, UKQR2012) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL).
Recent Comments