03-2615 4740 ccsl@utm.my

Program ini dilaksanakan  oleh pelajar Kursus Budi Penyayang (Seksyen 57, UKQR2022) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dengan kerjasama  Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah, Yayasan Salam Malaysia, Wakaf An Nur Johor Cooperation dan Media Prima. Ia bertujuan megenal pasti penambahbaikkan berdasarkan  isu –isu tempatan  dan memberi cadangan penyelesaian. Pada masa yang sama, program ini dapat mewujudkan satu ukhwah dan silaturahim  yang hebat antara mahasiswa dan staf UTM dengan komuniti Muslim Kemboja serta rakan –rakan perkongsian yang terlibat dalam program ini. Selain itu, taraf kesihatan, kualiti pendidikan dan modal insan masyarakat tempatan juga dapat ditingkatakan. Di sana, para mahasiswa bergotong – royong mengemas tadika dan galeri UTM yang terletak di Kampung Khleang Sbek. Selain itu, mereka juga membantu dalam program berkhatan dan aktiviti ibadah korban bersama –sama dengan para sukarelawan yang lain.