Program ini yang telah berlangsung pada 20 Ogos 2017 melibatkan komuniti daripada Maahad Tahfiz Dhiya Ul Islah, Kampung Semarak. Melalui program ini, siswa-siswi daripada Kursus Perkhidmatan Fotokreatif (Seksyen 57, UKQA2162) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah dapat berkongsi ilmu dan teknik-teknik asas penggunaan kamera DSLR dengan pelajar-pelajar yang terlibat. Oleh yang demikian, generasi celik ilmu bukan sahaja dari segi ilmu pendidikan dan agama malah ilmu teknologi dan seni dapat dilahirkan. Pada masa yang sama, para pelajar dapat membangunkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi serta nilai etika melalui pembelajaran servis.
Recent Comments