Seramai 30 peserta daripada komuniti Belia Setiawangsa telah mengikuti program ini di mana dua buah aplikasi komputer iaitu Filmora dan Adobe Illustrator (AI) telah diajar. Aplikasi tersebut berfungsi bagi tujuan pengeditan video dan reka bentuk grafik. Program ini telah diadakan sepanjang dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan dibahagikan kepada beberapa modul. Para peserta telah diajar daripada pengenalan hingga latihan amali bagi memastikan mereka dapat memahami modul kursus dengan baik. Melalui program ini, belia yang celik komputer dan sofistikated dapat dilahirkan selain dapat meluaskan rangkaian dan mengeratkan silaturrahim antara pihak UTMKL dan komuniti setempat. Program ini merupakan anjuran pelajar daripada Kursus Sains Kesukarelawan (Seksyen 57, UKQR2032) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) UTMKL.
Recent Comments