Di bawah program ini, aktiviti seperti bengkel badminton di mana ilmu, kemahiran dan teknik permainan badminton dapat dikongsi dengan murid-murid daripada SK Sentul Utama. Selain itu, kejohanan badminton kategori berpasangan lelaki dan berpasangan wanita turut diadakan sebagai satu langkah pertama bagi mempraktikkan kemahiran dan teknik yang telah dipelajari. Oleh itu, pelbagai potensi dalam kalangan para peserta telah dapat dicungkil. Pada pihak para siswa pula, proses perkongsian ilmu seperti ini telah dapat meningkatkan kemahiran dan teknik mereka bukan sahaja dalam sukan badminton malah dari segi komunikasi dan kemahiran insaniah. Budaya bersukan juga telah dapat diterapkan dalam kalangan komuniti yang terlibat. Program ini merupakan anjuran siswa-siswi daripada Kursus Badminton (Seksyen 57, UKQS2012) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).
Recent Comments