Salah satu matlamat projek ini adalah untuk melatih kerja berpasukan, berkomunikasi secara beretika untuk mengenal pasti keperluan masyarakat, serta merancang dan melaksanakan projek yang memenuhi keperluan komuniti yang membabitkan semangat kesukarelawanan. Tambahan pula, aktiviti sukarelawan memberi manfaat kepada pelajar Kursus Budi Penyayang (Seksyen 57, UKQR2022) dengan menanam rasa bersyukur atas segala yang ada, selain membantu pelajar untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan rasa puas hati terhadap kebahagiaan orang lain. Melalui program ini, ia membantu pelajar mendapat kenalan baru, memperluaskan rangkaian mereka, dan meningkatkan kemahiran sosial. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ice-breaking, senaman aerobik dan pertandingan mewarna.
Recent Comments