03-2615 4740 ccsl@utm.my

Sesi Oh, My English@SKWMS1 telah mensasarkan murid Tahun 1 dan Tahun 2 seramai 45 murid yang kebanyakkan mereka mempunyai masalah dalam pelajaran terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Sesi ini dijalankan secara berkala iaitu hampir 5 minggu. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Walaupun mereka masih kecil, namun mereka menunjukkan minat untuk belajar dan hadir ke sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk minat terhadap Bahasa Inggeris, sekaligus menambah-baik kemahiran Pembelajaran LINUS menerusi Modul Didik Hibur ‘Oh My English’. Secara tidak langsung, imej Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan SK Wangsa Maju Seksyen 1 dapat ditingkatkan. Sesi terakhir iaitu Oh, My English! Showtime dijalankan di Kampus UTMKL dan murid-murid mengadakan persembahan dalam Bahasa Inggeris dengan bimbingan para fasilitator. Program ini telah dilaksanakan oleh pelajar Kursus Sains Kesukarelawanan (Seksyen 57, UKQR2032) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) UTMKL.