Program Semarak Kasih, Sebarkan Sayang Jalinan Kasih yang diadakan pada 1 April 2017 merupakan sesi outreach pelajar Kursus Sains Kesukarelawanan (Seksyen 57, UKQR2032) dari Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk menarik lebih ramai kanak-kanak kumpulan urban poor (miskin bandar) ini untuk mendaftarkan diri mereka di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih SBJK selain menyediakan makanan secara bergotong royong dan mengagihkan serta mengedarkan makanan kepada kumpulan yang telah dikenalpasti. Program seperti ini sedikit sebanyak mampu merapatkan ukhuwah antara pihak UTM dan SBJK serta pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM.
Recent Comments