03-2615 4740 ccsl@utm.my

 

Program ini mensasarkan para pelajar pra-universiti, terutamanya yang berusia 16 hingga 19 tahun. Melalui program ini, beberapa pandangan yang berguna disuarakan dalam membangunkan kemahiran kepimpinan para peserta sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Selain itu, ia akan menjadi insentif tambahan apabila kumpulan pelajar ini dapat dibantu dalam menentukan kursus yang sesuai dan menarik minat mereka. Tambahan pula, para peserta ini dapat dipupuk untuk menjadi pemimpin masa depan yang mampu memimpin dan membuat perubahan di negara ini dan pada masa yang sama, Universiti Teknologi Malaysia dapat  diperkenalkan sebagai hub kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Program ini telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kursus Kepimpinan dan Komuniti (Seksyen 57, UKQR2012) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).