03-2615 4740 ccsl@utm.my

Program ini yang dianjurkan oleh para pelajar Kursus Seni Bela Diro – Taekwando (Seksyen 57, UKQS2172) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) bertujuan menyampaikan mesej kepentingan seni mempertahankan diri dalam kehidupan seharian kepada penonton melalui persembahan pentas. Ia melibatkan persembahan drama yang menunjukkan penggunaan seni mempertahankan diri dalam kehidupan sebenar. Selain itu. Flash Mob dilakukan dengan menjemput ahli lain menari selepas persembahan drama. Melalui aktiviti ini, kesemua 40 krew Flash Mob Taekwondo  telah berjaya belajar dan melakukan langkah-langkah asas Taekwondo.