Program ini yang telah diadakan di KL Forest Eco Park pada 20 Ogos 2017 merupakan anjuran pelajar Kursus Treking (Seksyen 57, UKQS2082) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Ia telah dapat meyemai sikap kesedaran dalam kalangan komuniti setempat mengenai kepentingan alam sekitar terhadap manusia. Selain itu, pihak siswa-siswi dapat meningkatkan kemahiran insaniah serta harga diri masing-masing, seterusnya melahirkan masyarakat penyayang terhadap alam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong sekitar KL Forest Eco Park, kempen kesedaran dan soal selidik tinjauan bersama komuniti di situ.
Recent Comments