03-2615 4740 ccsl@utm.my

Seramai 71 orang pelajar dari  SK Taman Sri Rampai telah menyertai program ini yang bertujuan  untuk menarik minat mereka untuk menceburi bidang teater. Selain itu, program ini memberi peluang  kepada siswa dan siswi untuk berbakti kepada para pelajar sekolah di samping bergaul  dengan komuniti secara sihat. Aktiviti dimulakan dengan Warming Up dan pengagihan kumpulan di mana setiap kumpulan dibantu oleh 6 orang faslitator.  Melalui program ini, para peserta dapat mempelajari teknik vokal dan pernafasan, bermain permainan Sambung Ayat dan melakukan Cheers dan lakonan. Oleh itu, secara tidak langsung, keyakinan diri para peserta dan para fasilitator  dapat ditingkatkan selain meredakan tekanan pelajar setelah seharian belajar. Program ini telah merupakan kerjasama antara pihak SK Taman Sri Rampai dan para pelajar daripada Kursus Teater (Seksyen 57, UKQS2112) melalui Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL).