03-2615 4740 ccsl@utm.my

Program ini yang diadakan  pada 9 hingga 10 September 2017 di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak adalah bagi melaksanakan hasrat siswa – siswi  daripada Kursus Budi Penyayang (Seksyen 57, UKQR2022) untuk berbakti kepada masyarakat Orang Asal yang merupakan satu komuniti  self-reliance yang bergantung kepada hasil – hasil hutan. Melalui program ini, siswa-siswi dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran selain dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Program  ini mendapat kerjasama daripada Kl Consult Associates Sdn Bhd, Hostelling International Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).