SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
UKQU2132 Palapes Darat
Kursus ini lebih menekankan kepada prinsip kepimpinan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan latihan berkumpulan. Pelajar akan dilatih menjadi seorang ketua, memimpin kumpulannya dalam segala urusan latihan, pentadbiran dan sosial. Selain itu, pelajar juga akan diberi latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan.
UKQU2232 Palapes Laut
Kursus ini lebih menekankan kepada prinsip kepimpinan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan latihan berkumpulan. Pelajar akan dilatih menjadi seorang ketua, memimpin kumpulannya dalam segala urusan latihan, pentadbiran dan sosial. Selain itu, pelajar juga akan diberi latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan.
UKQU2332 Suksis
Kursus ini akan memberikan latihan dan pendedahan kepada ilmu kepolisan secara teori dan praktikal berdasarkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara merujuk kepada undang-undang negara dan menerapkan disiplin yang tinggi mengikut Akta Polis begi menjadikan mereka seorang pemimpin dengan daya kepimpinan yang tinggi, mempunyai jati diri dan kuat dari segi emosi dan mental.
BADAN BERUNIFORM
Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang melibatkan pasukan beruniform yang wujud sama ada yang ditubuhkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau diuruskan oleh agensi kerajaan.
UKQU2412 Kelana Siswa
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang dan persetiaan pengakap, sitem berpatrol, istiadat pengakap, ikatan dan simpulan serta kertas projek perintis pengakap, perkhemahan dan pembelajaran servis seperti yang telah ditetapkan dalam Skim Latihan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia.
UKQU2512 Pertahanan Awam (SISPA)
Kursus ini mendedahkan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.
UKQU2612 Pertolongan Cemas
Kursus ini melatih dan memberikan pengetahuan dalam melakukan pertolongan cemas dengan cara yang betul apabila berlaku sesuatu kejadian di samping mengenal pasti punca kejadian untuk menyelamatkan nyawa.
UKQR2012 Kepimpinan & Komuniti
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip kepimpinan dalam mengurus aktiviti kemasyrakatan melalui kegiatan kelab dan persatuan
UKQR2022 Budi Penyayang
Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan program kemasyrakatan, kebajikan dan kesedaran. Pelajar juga akan diajar mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program.
UKQR2032 Sains Kesukarelawan
Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengetahuan asas sains kesukarelawanan dan pelaksanaan terhadap aktiviti kesukarelawanan serta takrifan kesukarelawanan, persiapan diri, isu keselamatan dan kesihatan serta pembangunan mental dan semangat sukarela.
UKQR2042 Pengurusan Bencana
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan takrifan pengurusan bencana, persiapan diri, isu keselamatan dan kesihatan, serta persiapan mental dan fizikal.
UKQR2052 Pembangunan Belia
Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan belia di Malaysia yang meliputi dasar dan konsep umum berkaitan pembangunan belia, pembangunan Pergerakan Belia Malaysia dan kepimpinan dan pembangunan sahsiah.
KESUKARELAWANAN
Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang dilakukan oleh persatuan mahasiswa berteraskan kepada aktiviti khidmat sukarela, keprihatinan sosial, pembangunan masyarakat, kepimpinan dan pembangunan modal insan. Ini melibatkan pertubuhan, persatuan dan kelab mahasiswa yang menjalankan aktiviti cenderung untuk memberi sumbangan terhadap pembangunan sosial masyarakat.
UKQR2062 Komuniti Lestari
Kursus ini merupakan satu program perkhidmatan komuniti selama tiga hari di kampung yang dipilih menjadi teras program. Pelajar akan diberi pengenalan asas dalam teori matematik dan aplikasinya dalam aktiviti kehidupan dan masalah sebenar.
UKQR2072 UTM Belajar & Berkhidmat
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran (membaca, mengira dan menulis) dan isu-isu sosial dalam pembangunan motivasi diri untuk mencapai kejayaan serta pelajar dapat berkongsi pengetahuan dengan komuniti.
UKQR2082 Pembangunan Karakter & Etika Sosial
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan etika dan protokol dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga, pelajar akan dididik untuk mengamalkan teknik atau amalan yang betul dalam protokol. Pelajar akan diajar dalam bentuk amali iaitu dengan berhadapan dengan situasi sebenar.
UKQR2092 Pendidikan Lestari dalam Komuniti
Kursus ini menggabungkan aktiviti dan projek khidmat komuniti berkaitan konsep lestari dalam kehidupan seharian yang melibatkan aktiviti pelajar dalam memberi pendidikan dan kemahiran mengaplikasikan konsep lestari dalam komuniti.
UKQA2062 Penzahiran Minda melalui Mekatronik
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi mekatronik dan robotik kepada pelajar-pelajar sekolah/matrikulasi melalui kerja amali dan aktivit pertandingan. Kursus ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian ilmu antara pelajar dengan pelajar sekolah dan pemindahan teknologi antara mereka.
UKQA2032 Simenfero
Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip-prinsip asas membuat perhiasan simen (simenfero). Selain itu, pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam berinteraksi, berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling sewaktu melakukan kerja berkumpulan.
UKQA2012 Inovasi & Komuniti
Kursus ini memberikan tumpuan kepada merangsang pemikiran kreatif dan inovatif individu dan pasukan pelajar. Kursus ini menggalakkan ciptaan dan inovasi yang merangkumi konsep, dan amalan yang berpusat kepada pemikiran teknologi.
UKQA2022 Media Digital dan Komuniti
Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan asas media digital dan teknologi serta cara menggunakan perisian tertentu untuk membangunkan pelantar sumber informasi dalam bentuk digital yang berguna terhadap komuniti.
UKQA2042 Khidmat Jaringan Geokomuniti
Kursus ini merupakan satu program khidmat perundingan oleh pelajar kepada komunit untuk membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan geo-komuniti (berkaitan dengan maklumat tanah yang merangkumi perihal tanah) di sesuatu kawasan.
AKADEMIK DAN PROFESIONAL
UKQA2052 Keselamatan Elektrik
Kursus ini menggalakkan perkongsian kemahiran, pengetahuan atau pengalaman antara pelajar dengan masyarakat khusus mengenai topik keselamatan elektrik setiap hari.
UKQA2072 Perkhidmatan ICT untuk Komuniti
Kursus ini memberikan pendedahan tentang pengetahuan ICT dari aspek teori dan teknikal yang akan membantu memberi kelebihan kepada pelajar dalam menguasai ilmu ICT.
UKQA2122 Teknologi Hortikultur Hiasan
Kursus ini meliputi pembiakan, pemgurusan dan penyelenggaraan tanaman hortikultur perhiasan. Pelajar juga akan didedahkan kepada proses perlandskapan sesuatu kawasan serta kaedah penghasilan taman mini, bonsai dan terrarium.
UKQA2092 Sains dan Komuniti
Kursus ini akan membolehkan pelajar untuk bekerja dengan agensi kerajaan, utiliti dan masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan yang mempunyai kandungan sains dan teknologi dalam masyarakat.
UKQA2112 Literasi STEM
Kursus ini – Literasi STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) akan mendedahkan pelajar kepada disiplin STEM, merangka aktiviti STEM dan menjalankan aktiviti STEM untuk mencetuskan semula minat terhadap sains dan matematik dalam masyarakat.
UKQA2132 Kraftangan
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik mencanting, mewarna (sistem pewarnaan) dan mematikan warna untuk pembuatan batik canting serta kaedah-kaedah penggunaanya bagi mendapatkan hasil rekaan corak batik yang baik, berkualiti dan cantik.
UKQA2142 Khidmat Katering
Kursus ini dibentuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran dalam bidang katering. Pelajar akan diberi penerangan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek penyediaan makanan, pemgurusan dapur, prinsip makanan dan lain-lain yang berkaitan.
UKQA2152 Reka Cipta Fesyen
Kursus ini memberikan pengetahuan asas kepada pelajar tentang fungsi pakaian, faktor mepengaruhi pemilihan pakaian. Pelajar turut mendapat pendedahan mengenai kerjaya dalam bidang jahitan dan industri pakaian.
UKQA2162 Perkhidmatan Fotokreatif
Kursus ini memberikan pendedahan tentang kemahiran fotografi dari aspek teori dan teknikal yang akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan.
UKQS2012 Badminton
Kursus ini memperkenalkan kepad pelajar cara bermain badminton dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain badminton serta melibatkan pelajar dengan latihan bermain dan menganjur serta mengendalikan sesuatu pertandingan.
UKQS2022 Bola Sepak
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang sejarah bola sepak, peraturan dan undang-undang, peralatan dan pakaian permainan ini, aspek-aspek kecergasan, regangan dan kemahiran yang meliputi teknik, taktik, teori serta amali permainan bola sepak.
UKQS2032 Bola Tampar
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pengetahuan asas, teknik, peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan bola tampar anjuran dalaman atau pihak luar.
UKQS2042 Futsal
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik kemahiran asas permainan, undang-undang permainan, stategi-strategi dan prinsip asas permainan futsal.
UKQS2052 Orienteering
Kursus ini akan membentuk pelajar berkemahiran tinggi dalam penggunaan peta dan kompas di samping dapat meningkatkan tahap fizikal dan mental dalam aktiviti lasak.
UKQS2062 Ping Pong
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang permainan ping pong dengan memfokuskan kepada asas-asas permainan , peraturan-peraturan dan undang-undang permainan, menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan kecil.
SUKAN , REKREASI & KEBUDAYAAN
Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada aktiviti kesukanan, rekreasi dan kebudayaan serta keagamaan.