FUNGSI
Bekerjasama dengan Unit Aktiviti HEMA (seperti Unit Sukan, Unit Kebudayaan dan persatuan/kelab) dalam menyelaraskan pelaksanaan kursus kokurikulum yang ada kaitan dengan unit atau persatuan berkenaan.
Mengurus dan melaksanakan perlantikan pensyarah dan penolong pensyarah kursus kokurikulum dan menguruskan dan melaksanakan program latihan pensyarah/penolong pensyarah dan pembelajaran servis.
Mengurus dan menyelaraskan kursus pembelajaran servisĀ (service learning) yang ditawarkan oleh fakulti termasuk membantu fakulti mengenal pasti dan mencari penaja dan rakan kerjasama projek pembelajaran servis.
Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan kursus kokurikulum yang berasaskan badan beruniform seperti Palapes, Suksis, Sispa, Kelana Siswa dan Pertolongan Cemas.
Menguruskan kursus kokurikulum yang merangkumi urusan penawaran, pelaksanaan, pentaksiran dan pengurusan markah untuk semua kursus kokurikulum yang ditawarkan.