ANUGERAH TOKOH AKADEMIK (ATA) 2012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

RINGKASAN ATA

  • Anugerah Tokoh Akademik (ATA) adalah satu anugerah diwujudkan oleh universiti bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik di atas kecemerlangan dan sumbangan terhadap pembangunan, perlaksanaan dan peningkatan bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kecemerlangan dan sumbangan dalam P&P ini dilihat dari tiga komponen  iaitu:
  1. Aspek keperibadian dan Kepakaran
  2. Perlaksanaan Fungsi P&P
  3. Sumbangan Diberikan dan Pengiktirafan Yang Diterima Berkaitan P&P
  • ATA merupakan anugerah tahunan yang diberikan kepada SEORANG staf akademik bagi setiap tahun.  Universiti akan mengistiharkan tiada penerima ATA pada sesuatu tahun sekiranya tiada calon yang layak menerima anugerah tersebut pada tahun berkenaan. Anugerah ini dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan diwujudkan berdasarkan kepada Anugerah Akademik Negara (AAN) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Penilaian adalah berdasarkan pencapaian ahli akademik pada tahun sebelumnya.

 

  • Seseorang staf akademik hanya layak menerima ATA sekali sepanjang perkhidmatannya di UTM.

 

GANJARAN ATA

Wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

 

BAGAIMANA PEMILIHAN PENERIMA ATA DIBUAT

Proses pencalonan di peringkat Fakulti/Bahagian  dengan mengemukakan maklumat lengkap calon dan borang permohonan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Verifikasi serta penilaian ke atas maklumat diproses oleh Panel ATA yang dilantik oleh Universiti. Keputusan muktamad mengenai penerima ATA akan dibuat oleh pihak Universiti berdasarkan cadangan dan laporan Panel ATA. Keseluruhan proses pemilihan ATA dilaksanakan  mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

 

 

KRITERIA PENILAIAN

Huraian ringkas mengenai kriteria penilaian untuk tujuan penganugerahan ATA adalah seperti dijelaskan dalam Lampiran A.

 

SIAPA YANG LAYAK DICALONKAN

Staf akademik (tetap atau kontrak) yang menjawat jawatan pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya atau profesor yang memenuhi SEMUA kriteria berikut adalah layak dicalonkan:

  • Mempunyai pengalaman mengajar atau terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan P&P selama sekurang-kurangnya 15 tahun.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di UTM.
  • Menunjukkan kecemerlangan dan memberi sumbangan besar ke atas pembangunan,  perlaksanaan dan peningkatan P&P  di dalam atau/dan luar UTM.
  • Memiliki ciri inovatif dan kreativiti dalam P&P

 

SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT PENCALONAN

Staf UTM  berikut adalah layak untuk membuat pencalonan:

  • Pentadbir Akademik Fakulti (Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Ketua Kursus,  Ketua Makmal, Pengurus IT, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar)
  • Staf Akademik UTM berjawatan pensyarah atau lebih tinggi.

 

 BAGAIMANA PENCALONAN DIBUAT

  • Pencalonan perlu dibuat menggunakan Borang Pencalonan yang disediakan.
  • Borang pencalonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada urusetia ATA di alamat berikut:

Urusetia ATA

               Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

               81310 UTM Johor Bahru, JOHOR

              (u.p.: Puan Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin)

 

TARIKH TUTUP PENCALONAN

Tarikh tutup pencalonan ATA ialah pada 22hb. Mac 2013