ANUGERAH KUALITI AKADEMIK
(Bersempena CITRA KARISMA Universiti Teknologi Malaysia)Anugerah Kualiti Akademik (AKA) merupakan Anugerah Kualiti UTM yang diperkenalkan oleh Universiti sejak tahun 2010 sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada fakulti yang telah mencapai pengurusan kualiti akademik yang cemerlang.
Anugerah Kualiti Akademik (AKA) 2025 bagi tahun 2026 akan memberikan fokus kepada jaminan kualiti di fakulti sesuai dengan tema AKA 2025 iaitu “Pengukuhan Kecemerlangan Kualiti Akademik”.
Bagi penilaian tahun 2025, penilaian hanya tertumpu kepada Penilaian Dokumen dan Pembuktian (Desktop Audit) (100%). Bagi AKA kali ini, tiada Penilaian Amalan Terbaik (Best Practice) dilaksanakan.
Kriteria yang diguna pakai adalah selaras dengan kriteria dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR). Sistem penarafan bintang digunakan untuk menilai prestasi akademik fakulti berdasarkan julat markah yang diperoleh. Fakulti yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai PEMENANG setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa Induk Anugerah Kualiti Akademik 2024.
Berdasarkan markah yang diperolehi, Fakulti akan diberikan penarafan berdasarkan kepada julat Tier 1 hingga Tier 6 mengikut klasifikasi yang digunakan dalam Sistem Penarafan Bersepadu Universiti & Kolej Universiti (SETARA) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan adalah DIMESTIKAN kepada SEMUA Fakulti selaku entiti/PTj yang yang terlibat secara langsung menawarkan program akademik dan menguruskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Pengecualian penyertaan hanya diberikan kepada fakulti yang baharu ditubuhkan dan beroperasi kurang dari tempoh 1 tahun.
KAEDAH PENILAIAN
Penilaian akan dijalankan secara 2 fasa iaitu:
Penilaian Fasa 1:
Semakan Dokumen dan Bahan Bukti (Desktop Audit) (700 markah) (100%)
Penilaian yang akan dijalankan mengambil kira pencapaian Fakulti dalam kriteria yang dinyatakan untuk tahun 2025 sahaja berdasarkan semakan dokumen dan disokong oleh pembuktian (dokumen, gambar, sistem dan lain-lain).
Panel Penilai akan menyemak dokumen dan bahan-bahan bukti yang dimuatnaik oleh pihak fakulti ke dalam folder yang dikongsikan melalui platform Google Drive.
Sesi Temu Bual:
Fakulti juga akan ditemubual oleh Panel Penilai bagi mendapatkan pengesahan lanjut.
Format Temu Bual:
-
- Persediaan – 5 minit
- Sesi Soal Jawab – 15 minit