KRITERIA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Maklumat Berkaitan |
PENGENALAN
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkaliber yang berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun yang dinilai.
Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, keterserlahan, kepimpinan dan libatsama komuniti di peringkat universiti atau kebangsaan atau antarabangsa.
Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
TUJUAN ANUGERAH
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM ini bertujuan memberi pengiktirafan universiti bagi staf akademik yang mempamerkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, keterserlahan, kepimpinan dan libatsama komuniti di peringkat universiti atau kebangsaan atau antarabangsa. Ia akan menjadi satu platform bagi mengiktiraf serta menyanjung staf akademik yang telah menaikkan serta mengharumkan nama universiti di persada kebangsaan dan antarabangsa. Pemenang anugerah ini juga akan diketengahkan ke peringkat Anugerah Akademik Negara (AAN).
HADIAH
Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah seperti berikut: |
SYARAT UMUM
-
- Permohonan/pencalonan Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM dibuka hanya kepada staf akademik warganegara Malaysia.
- Permohonan bagi kategori ini terbuka kepada staf akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki di UTM sepanjang tahun.
- Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi kategori ini, maka anugerah bagi kategori ini tidak akan diberikan.
KRITERIA PEMILIHAN
Kriteria penilaian merangkumi pencapaian dalam skop tanggungjawab universiti, iaitu pengajaran/pembelajaran, penyelidikan/pembangunan, dan perkhidmatan seperti diperincikan di bawah:
i. Pengajaran dan pembelajaran
ii. Penemuan ilmu (penyelidikan dan penerbitan)
iii. Penjanaan nilai untuk masyarakat dan negara
iv. Kepimpinan dan potensi sumbangan kepada masyarakat