PENGURUSAN LESTARI
Lestari Hari ini, Nilai masa hadapan
Pengurusan Lestari Jabatan TNCAA memberi tumpuan kepada pengurusan yang menyeluruh merangkumi aspek alam sekitar, kesejahteraan warga kerja dan kecekapan operasi. Inisiatif ini menyokong amalan kerja hijau seperti penjimatan tenaga, pengurangan sisa dan penggunaan sumber secara berhemah, selari dengan usaha digitalisasi dan pengurusan moden.
Di samping itu, perkhidmatan ini turut menekankan kesejahteraan fizikal dan mental melalui galakan gaya hidup sihat, persekitaran kerja yang kondusif serta budaya kerja yang seimbang. Pendekatan kelestarian ini dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan kelangsungan operasi, penjimatan kos dan nilai jangka panjang kepada organisasi.
JAWATANKUASA