Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Anugerah diberikan bagi mengiktiraf seseorang staf yang telah berkhidmat dengan cemerlang di jabatan dan Universiti amnya. Anugerah ini boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang mengerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha staf yang lain.
Anugerah Kehadiran Terbaik (AKT)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf seseorang staf yang menunjukkan prestasi kehadiran yang cemerlang sepanjang tahun 2023.
Anugerah Pentadbir Akademik Cemerlang (APAC)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pentadbir akademik yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
Anugerah Tokoh Sukan (ATS)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan seseorang staf yang telah mewakili dan mengharumkan nama jabatan dalam bidang sukan di peringkat jabatan, universiti, IPTA, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Anugerah Khidmat Masyarakat (AKM)
Anugerah ini mengiktiraf seseorang staf yang telah memberikan sumbangan jasa bakti kepada masyarakat. Anugerah ini memberi galakan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di UTM malah kepada masyarakat. Selain itu, pengiktirafan yang ini adalah sebagai motivasi dan ikutan kepada staf yang lain.
Anugerah Staf Pelaksana Cemerlang (ASPAC)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pelaksana yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
Anugerah Pentadbir PPP Cemerlang (APIC)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pentadbir yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
Anugerah Inovasi Jabatan (AIJ) & Individu (AII)
Anugerah ini mengiktiraf hasil inovasi yang dilakukan sama ada secara individu atau berkumpulan yang memberi faedah kepada jabatan dan universiti.
Anugerah Program Kualiti Terbaik (EKSA)
Anugerah ini diberikan kepada PTJ yang melaksanakan EKSA terbaik di PTJ masing-masing.
Anugerah Seri Bumantara (ASTARA)
Anugerah ini merupakan anugerah berprestij yang diberikan kepada PTJ yang cemerlang bagi perkhidmatan sepanjang tahun.
Anugerah Staf Teladan (AST)
Anugerah ini diberikan kepada Individu di Jabatan TNC (A&A) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur berdasarkan penilaian bagi tahun 2023 seerta emiliki karektor dan kepribadian paling versatil dan serba boleh danmempunyai personaliti menarik dan ceria.
Anugerah Raja & Pemaisuri (ARP)
Anugerah ini merupakan anugerah yang diberikan kepada individu yang hadir dengan pakaian mengikut tema Majlis Apresiasi Staf JTNCA 2024 dan menjadi pilihan juri.