anugerah mas 2021
Anugerah Kecemerlangan Staf
Anugerah diberikan bagi mengiktiraf seseorang staf yang telah berkhidmat dengan cemerlang di jabatan dan Universiti amnya. Anugerah ini boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang mengerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha staf yang lain.
PIC : Pn. Leilawati binti Mokhtar (PTNCAA)
Anugerah Kehadiran Terbaik
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf seseorang staf yang menunjukkan prestasi kehadiran yang cemerlang sepanjang tahun 2021.
PIC : Pn. Nazratul Hazirah binti Rushdan (AMD)
Anugerah Tokoh Staf Pelaksana (Gred 11 – 40)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pelaksana yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
PIC : Pn. Siti Noraziah binti Satapah (UTMiLeaGue)
Anugerah Tokoh Pentadbir (PPP) (Gred 41 dan ke atas)
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pentadbir yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
PIC : Pn. Hanifah binti Ahmad (PTNCAA)
Anugerah Pentadbir Akademik Terbaik
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf staf pentadbir akademik yang telah memberikan perkhidmatan dan prestasi kerja yang cemerlang.
PIC : Pn. Leilawati binti Mokhtar (PTNCAA)
Anugerah Sukan
Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan seseorang staf yang telah mewakili dan mengharumkan nama jabatan dalam bidang sukan di peringkat jabatan, universiti, IPTA, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
PIC : Pn. Nurul Nazihah binti Ismail (UTMCdeX)
Anugerah Khidmat Masyarakat
Anugerah ini mengiktiraf seseorang staf yang telah memberikan sumbangan jasa bakti kepada masyarakat. Anugerah ini memberi galakan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di UTM malah kepada masyarakat. Selain itu, pengiktirafan yang ini adalah sebagai motivasi dan ikutan kepada staf yang lain.
PIC : Pn. Nor Kamsiah binti Manan (SPS)
Anugerah Inovasi
Anugerah ini mengiktiraf hasil inovasi yang dilakukan sama ada secara individu atau berkumpulan yang memberi faedah kepada jabatan dan universiti.
PIC : En. Muhammad Nabil Fikri bin Yahaya (UTMXCITE)
Anugerah PTJ Terbaik
Anugerah ini merupakan anugerah berprestij yang diberikan kepada PTJ yang cemerlang bagi perkhidmatan sepanjang tahun.
PIC : Pn. Siti Zarinah binti Abdul Jalal (QRIM)
Anugerah EKSA PTJ Terbaik
Anugerah ini diberikan kepada PTJ yang melaksanakan EKSA terbaik di PTJ masing-masing.
PIC : Pn. Mazlyna binti Rosly (PTNCAA)