
KRITERIA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Maklumat Berkaitan |
PENGENALAN
Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tertinggi universiti kepada pensyarah. Ia diwujudkan oleh UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan pendidikan di universiti ini. Anugerah ini dahulunya dikenali dengan nama Anugerah Tokoh Pendidik, tetapi mulai tahun 2010 ia diberi penjenamaan semula dengan nama Anugerah Tokoh Akademik. Penjenamaan semula ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Akademik Negara.
ASAS ANUGERAH
Anugerah Tokoh Akademik ini diberikan kepada seorang pensyarah yang komited, terlibat secara menyeluruh dan berterusan dalam proses penemuan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan Negara dan dunia ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat.
HADIAH
Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) berserta trofi dan sijil. |
KRITERIA PEMOHON
- 1. Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan pentadbiran akademik.
2. Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti selama sekurang-kurangnya 15 tahun dalam kerjaya akademik.
3. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada universiti, badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat universiti, kebangsaan atau antarabangsa.
4. Mendapat anugerah atau pengiktirafan bagi sumbangannya selama 10 tahun kebelakangan dan tahun yang dinilai.
5. Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada universiti & masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
6. Menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.
SYARAT DAN PERATURAN UMUM
1. Pemohon ATA terbuka kepada semua pensyarah UTM.
2. Pemohon hendaklah merupakan pensyarah yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di UTM.
3. Pemohon telah berkhidmat di UTM sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun secara berterusan.
4. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi dan disertakan dengan maklumat bukti yang sah dan lengkap.
5. Anugerah tidak akan diberi sekiranya tiada calon yang layak pada tahun yang dinilai.
MAKLUMAT LANJUT
Fakulti perlu mengemukakan pencalonan kepada urusetia ATA (JTNCAA) pada atau selewat-lewatnya 14 April 2025 (5.00 petang). Semua calon akan dipanggil untuk sesi pembentangan & soal jawab. Borang penyertaan dan dokumen sokongan (termasuk bahan bukti dan slaid pembentangan).
Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada fatinnabila@utm.my (Fatin Nabila Mohd Sharif)