Select Page

Sistem Pengurusan Kualiti

JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) TNCAA merupakan satu kerangka pengurusan yang dibangunkan bagi memastikan semua proses dan perkhidmatan di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan.

SPK ini menjadi panduan dalam merancang, melaksana, memantau serta menambah baik proses kerja selaras dengan dasar dan objektif kualiti universiti. Melalui pelaksanaan SPK, setiap bahagian dan staf berperanan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti serta memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Komitmen terhadap amalan penambahbaikan berterusan membolehkan jabatn ini memperkukuh tadbir urus akademik dan antarabangsa secara mampan serta berdaya saing.

JAWATANKUASA KUALITI

PROGRAM

Pengurusan Lestari

Mengutamakan tadbir urus yang cekap, berintegriti dan mampan dalam setiap perancangan serta pelaksanaan. Menjamin pematuhan dasar dan penggunaan sumber secara optimum.

EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) membudayakan persekitaran kerja yang kemas, tersusun dan profesional.
Menyokong peningkatan imej korporat serta produktiviti organisasi.

OSHE

(Occupational Safety, Health and Environment)

OSHE memberi fokus kepada aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran kerja yang kondusif. Pelaksanaan OSHE bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, mematuhi keperluan perundangan serta mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya di tempat kerja.

UTM Open Day