+607-553 0365 odvcai@utm.my
Adalah dimaklumkan bahawa, terdapat kekosongan jawatan berikut di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa):
  1. Q41 – Pegawai Penyelidik (Klik Sini)
  2. N27 – Penolong Pegawai Tadbir (Klik Sini)
  3. N17 – Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Klik Sini)
Muat Turun Borang Permohonan Jawatan Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan mematuhi syarat lantikan. Tarikh Iklan: 9 Jun 2016 Tarikh Tutup: 23 Jun 2016 CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN: 1. Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan jawatan dan Resume lengkap berserta Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. 2. Sila pastikan maklumat adalah benar, lengkap, tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya. 3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 4. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan yang ASAL hendaklah dibawa semasa menghadiri temuduga. 5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 6. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan / Badan-badan Berkanun / Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru. 7. Penguasaan Bahasa Inggeris yang BAIK akan diberi keutamaan. 8. PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON. Permohonan hendaklah sampai kepada: PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BANGUNAN CANSELERI SULTAN IBRAHIM ARAS 3 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BAHRU JOHOR (U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian seperti berikut: 07- 5531186/ 31039