+607-553 0365 odvcai@utm.my

Para Akademik & Cendikiawan, Pemimpin Masyarakat Melayu Serumpun, Ahli-Ahli politik, Guru-Guru, Mahasiswa IPT / Pemimpin Pelajar Sekolah, Individu yang berminat adalah dijemput untuk menyertai Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) untuk kali ke-2 yang dianjurkan oleh UniMAP dan Kerajaan Negeri Perlis bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam, Tenaga Nasional Berhad, Bank Kerjasama Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dan Utusan Melayu Malaysia Bhd.  Seminar ini turut membuka ruang kepada Melayu Nusantara untuk membincangkan penarafan pendidikan Melayu Antarabangsa yang dijangka akan melibatkan penyertaan Melayu dari rumpun ASEAN dan Dunia.

OBJEKTIF

  • Memahami perkembangan dan cabaran kemajuan Pendidikan Melayu di Malaysia & Peringkat Antarabangsa
  • Menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia & Antarabangsa
  • Membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini

SKOP SEMINAR

Skop perbincangan yang akan dibentangkan dalam persidangan ini terdiri daripada;

  • Prestasi Pendidikan Melayu Masa Kini dari perspektif Global
  • Transformasi Pendidikan Bangsa Melayu
  • Pendidikan Melayu dalam Konteks 1 Malaysia
  • Modal Insan Pelajar Melayu ke arah kemajuan pedidikan
  • Cabaran Generasi Melayu dalam pedidikan: Perspektif Sejarah
  • Inovasi Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan Melayu
  • Bahasa: Penghalang atau Kelebihan Kejayaan Melayu

 

Borang pendaftaran boleh didapati dengan melayari;

http://sepma.unimap.edu.myjadual seminar