+607-553 0365 odvcai@utm.my

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF JABATAN TNC (A&A) 2019

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTM Johor Bahru buat julung kalinya ingin mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf bagi penilaian tahun 2018.

OBJEKTIF:

Diwujudkan sebagai penghargaan kepada komitmen, jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh warga Jabatan TNC(A&A) terhadap tugas dan penglibatan dalam aktiviti dan program libatsama komuniti disamping sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan kebertanggungjawab warganya menyumbang tenaga dan usaha mereka.

Penghargaan kepada perkhidmatan yang diberikan boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang menggerakkan daya usaha staf yang lain.

Anugerah ini terbuka kepada semua staf di PTJ Jabatan TNC(A&A) yang berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun pada 31 Disember 2018.

PTJ Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

1. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) – UTMJB dan UTMKL

2. Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) – UTMJB dan UTMKL

3. Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)

4. Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD)

5. Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE)

6. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) – UTMJB dan UTMKL

7. Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)

8. UTMSPACE (Staf dibawah PSM Pejabat TNC(A&A) UTMJB

 

ANUGERAH:

Sebanyak sembilan (9) anugerah yang akan disampaikan dalam majlis ini:

1. Anugerah Kecemerlangan Staf

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Leilawati Mokhtar, Pejabat TNC(A&A)

2. Anugerah Kehadiran Staf Terbaik

Ketua Urus Setia Anugerah: Cik Norazlina Azizi, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)

3. Anugerah Tokoh Staf Pelaksana (Gred 11 – 40)

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Nazlin Ali, Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)

4. Anugerah Tokoh Pentadbir (PPP) (Gred 41 dan ke atas)

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Hanifah Ahmad, Pejabat TNC(A&A)

5. Anugerah Tokoh Pentadbir Akademik

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Leilawati Mokhtar, Pejabat TNC(A&A)

6. Anugerah Sukan

Ketua Urus Setia Anugerah: Encik Mohd Fadzly Khyreen Hj. Azhar, UTMXCITE

7. Anugerah Khidmat Masyarakat

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Safriza Sabjah, Pejabat Pengajian Pra Siswazah (UGS)

8. Anugerah Inovasi

Ketua Urus Setia Anugerah: Encik Muhamamd Nabil Fikri Yahaya, UTMXCITE

9. Anugerah PTJ Terbaik

Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Nuril Aini Ahmad Tohid, Pejabat TNC(A&A)

 

Anugerah #1 hingga #5 dipilih berdasarkan pencalonan oleh wakil pengurusan PTJ dan akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.

Manakala Anugerah #6 hingga #9 berdasarkan pencalonan terbuka menggunakan borang/laporan yang disediakan seperti di bawah.

ANUGERAH SUKAN

Anugerah Sukan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merupakan anugerah yang diberikan bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan sesesorang staf (individu) yang telah mengharumkan nama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dalam bidang sukan mewakili Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di Universiti, IPTA, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Sukan

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 26 September 2019 (Khamis)

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Sukan
Pusat Inovasi & Keusahawanan Teknologi UTM (UTMXCITE)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor

(U/p : Encik Mohd Fadzly Khyreen bin Hj. Azhar)

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

1.0 SYARAT PENYERTAAN

i. Terbuka kepada semua staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
ii. Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
i. Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan sepanjang tahun 2018

Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 26 September 2019 (Khamis).

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat

Pejabat Pengajian Prasiswazah
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p : Puan Safriza binti Sabjah)

ANUGERAH INOVASI

1.0 SYARAT PENYERTAAN

i. Terbuka kepada semua staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa
ii. Markah eLNPT/eLPPT sekurang-kurangnya 85% pada tahun dinilai kecuali Kategori Kumpulan
iii. Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2018 yang belum pernah dipertandingkan dalam mana-mana peringkat

Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Inovasi

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 26 September 2019 (Khamis).

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Inovasi
Pusat Inovasi & Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p : Encik Muhamad Nabil Fikri bin Yahya)

ANUGERAH PTJ TERBAIK

1.0 SYARAT PENYERTAAN

i. Diwajibkan kepada semua PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Kriteria Penilaian Anugerah PTJ Terbaik

Template Laporan Anugerah PTJ Terbaik

 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 September 2019 (Khamis)

Laporan Pembentangan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah PTJ Terbaik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p: Puan Nuril Aini binti Ahmad Tohid)