+607-553 0365 odvcai@utm.my

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF JABATAN TNC (A&A) 2020
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTM Johor Bahru akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf bagi penilaian tahun 2019.

OBJEKTIF:
Diwujudkan sebagai penghargaan kepada komitmen, jasa dan pengorbanan yang telah
diberikan oleh warga Jabatan TNC (A&A) terhadap tugas dan penglibatan dalam aktiviti dan
program libatsama komuniti disamping sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan
kebertanggungjawab warganya menyumbang tenaga dan usaha mereka.

Penghargaan kepada perkhidmatan yang diberikan boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta
memberi pengaruh yang menggerakkan daya usaha staf yang lain.
Anugerah ini terbuka kepada semua staf di PTJ Jabatan TNC (A&A) yang berkhidmat sekurang-
kurangnya 1 tahun pada 31 Disember 2019.

PTJ Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 2019
1. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) – UTMJB dan UTMKL
2. Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) – UTMJB dan UTMKL
3. Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
4. Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD)
5. Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE)
6. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) – UTMJB dan UTMKL
7. Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)
8. UTMSPACE (Staf dibawah PSM Pejabat TNC (A&A)) UTMJB

ANUGERAH:
Sebanyak sembilan (9) anugerah yang akan disampaikan dalam majlis ini:
1. Anugerah Kecemerlangan Staf (APC dan JTNC (A&A))
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Leilawati Mokhtar, Pejabat TNC (A&A)
2. Anugerah Kehadiran Staf Terbaik
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Nor Kamsiah bt Manan, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)
3. Anugerah Tokoh Staf Pelaksana (Gred 11 – 40)
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Sabreena bt Omar, Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)
4. Anugerah Tokoh Pentadbir (PPP) (Gred 41 dan ke atas)
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Hanifah Ahmad, Pejabat TNC (A&A)
5. Anugerah Pentadbir Akademik Terbaik
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Leilawati Mokhtar, Pejabat TNC (A&A)
6. Anugerah Sukan
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Nazratul Hazirah binti Rushdan, (AMD)
7. Anugerah Khidmat Masyarakat
Ketua Urus Setia Anugerah: Encik Azhar bin Ahmad. (UTMiLeaGue)
8. Anugerah Inovasi
Ketua Urus Setia Anugerah: Encik Muhamamd Nabil Fikri bin Yahaya, (UTMi LeaGue)
9. Anugerah PTJ Terbaik
Ketua Urus Setia Anugerah: Puan Mazlyna binti Rosly, Pejabat TNC (A&A)

Anugerah #1 hingga #5 dipilih berdasarkan pencalonan oleh wakil pengurusan PTJ dan akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik.  Manakala Anugerah #6 hingga #9 berdasarkan pencalonan terbuka menggunakan borang/laporan yang disediakan seperti di bawah.

ANUGERAH SUKAN
Anugerah Sukan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merupakan anugerah yang diberikan bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan sesesorang staf (individu) yang telah mengharumkan nama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dalam bidang sukan mewakili Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di Universiti, IPTA, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Sukan
BORANG ANUGERAH SUKAN
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Ogos 2020 (Rabu). 
Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Sukan
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p : Puan Nazratul Hazirah binti Rushdan)

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT
1.0 SYARAT PENYERTAAN
i. Terbuka kepada semua staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
ii. Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
i. Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan sepanjang tahun 2019
Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat
BORANG ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Ogos 2020 (Rabu).
Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat
Institut Siswazah Tersedia Kehidupan UTM (UTM ILEAGUE)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p : Encik Azhar bin Ahmad)

ANUGERAH INOVASI

1 .0 SYARAT PENYERTAAN
i. Terbuka kepada semua staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa
ii. Markah eLNPT/eLPPT sekurang-kurangnya 85% pada tahun dinilai kecuali Kategori
Kumpulan
iii. Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2019 yang belum pernah dipertandingkan dalam mana-mana peringkat
Kriteria Penilaian dan Borang Penyertaan Anugerah Inovasi
BORANG ANUGERAH INOVASI
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Ogos 2020 (Rabu).
Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Inovasi
Pusat Inovasi & Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE),
Institut Siswazah Tersedia Kehidupan UTM (UTM ILEAGUE)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p : Encik Muhamad Nabil Fikri bin Yahya)

 

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
1.0 SYARAT PERMOHONAN PENCALONAN
1. Borang pencalonan melalui Ptj
2. Telah diperakukan oleh Ketua Jabatan

2.0 KRITERIA PENILAIAN
Staf yang dicalonkan tidak mempunyai sebarang rekod jenis kesalahan kehadiran
sepanjang tempoh satu (1) tahun perkhidmatan mulai 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.
Staf tidak mempunyai cuti sakit melebihi lima (5) hari sepanjang tempoh satu (1) tahun
perkhidmatan mulai 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.
PTJ perlu mengemukakan rekod keluar masuk staf yang dicalonkan bagi tempoh satu (1)
tahun perkhidmatan mulai 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 dan perlu diperakukan
oleh Ketua Jabatan bersama borang pencalonan pada tarikh tutup pencalonan.
BORANG ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Ogos 2020 (Rabu)
Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Kehadiran Terbaik
Sekolah Pengajian Siswazah
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p Puan Nor Kamsiah binti Manan)


 ANUGERAH PTJ TERBAIK

1.0 SYARAT PENYERTAAN
i. Diwajibkan kepada semua PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa)
KRITERIA ANUGERAH PTJ TERBAIK
TEMPLATE LAPORAN PEMBENTANGAN PTJ TERBAIK
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Ogos 2020 (Rabu)
Laporan Pembentangan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat
di bawah :
Urus Setia Anugerah PTJ Terbaik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(U/p: Puan Mazlyna binti Rosly)