+607-553 0365 odvcai@utm.my

KRITERIA DAN PANDUAN PERMOHONAN

Maklumat Berkaitan

PENGENALAN

Anugerah Tokoh Akademik merupakan anugerah tertinggi universiti kepada pensyarah. Ia diwujudkan oleh UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan pendidikan di universiti ini. Anugerah ini dahulunya dikenali dengan nama Anugerah Tokoh Pendidik, tetapi mulai tahun 2010 ia diberi penjenamaan semula dengan nama Anugerah Tokoh Akademik. Penjenamaan semula ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memperkenalkan Anugerah Tokoh Akademik Negara.

TUJUAN ANUGERAH

i. Menggalakkan dan memupuk inovasi dalam pengajaran di UTM.

ii. Meningkatkan suasana pembelajaran bagi pelajar melalui pembangunan amalan pengajaran berkualiti.

iii. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui aktiviti berkumpulan, pembelajaran aktif dan hubungan pelajar-pensyarah yang positif.

HADIAH

Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah  RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) berserta trofi dan sijil.

KELAYAKAN CALON

    • Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Guru yang berkhidmat secara tetap di UTM dan mencapai skor Penilaian Pengajaran dalam Talian dan Pengalaman Pelajar (e-PPPK) 0.80 hingga 1.00 (S3) atau mencapai min (purata) skor Penilaian Pengajaran Pensyarah (e-PPP) melebihi 4.0 ke atas untuk TIGA (3) semester terakhir adalah layak dicalonkan.
    • Pengalaman mengajar hendaklah tidak kurang daripada 8 tahun (Tahun Cuti Belajar dan Cuti Sabatikal tidak diambil kira).
    • Mereka yang telah menerima Anugerah Pengajaran tidak boleh di calonkan semula dalam jangkamasa lima tahun.
    • Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.

KRITERIA PEMILIHAN

Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.

Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan 6 kriteria berikut:

      1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran.
      2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran, penyeliaan dan penilaian.
      3. Kreativiti* dan inovasi** serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
      4. Penilaian dan testimonial pengajaran/penyeliaan.
      5. Penambahbaikan pengajaran/ penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional.
      6. Kesarjanaan dalam pengajaran/ penyeliaan dan penilaian.